Spesifikasi teknikal Video_CD

Bekas

Di dalam sekeping VCD, aliran audio dan video dimultiplekskan di dalam "bekas" MPEG-PS.

Video

Secara keseluruhannya, kualiti gambar adalah menyamai pita video VHS.[3] Kualiti gambar VCD dengan mampatan video yang kurang baik ada kalanya boleh jadi lebih teruk daripada video VHS, tetapi VCD berkualiti rendah biasanya sering menampilkan blok-blok dan bukannya hingar analog, serta tidak semestinya menjadi lebih teruk pada setiap penggunaan.

Resolusi 352x240 dipilih kerana ia merupakan separuh daripada resolusi video NTSC (pada kedua-dua paksi menegak dan mendatar). Resolusi 352x288 adalah lebih kurang suku daripada resolusi PAL/SECAM. Ia hampir bersamaan dengan resolusi (keseluruhan) bagi pita VHS analog.

Video VCD adalah serasi dengan piawaian DVD-Video, kecuali bagi video yang dienkodkan pada kadar bingkai 23.976 bingkai sesaat, yang perlu penggunakan tarikan 3:2.

Audio

Seperti kebanyakan format berasaskan CD, audio VCD tidak serasi dengan piawaian DVD-Video kerana perbezaan frekuensi; DVD memerlukan 48 kHz, manakala VCD menggunakan 44.1 kHz.